RESEPI CHOCHOLATE BROWNIES KEDUT-KEDUT

Assalamualaikum wbt. Saya salah seorang penggemar coklat. Pendek kata apa-apa yang berkaitan dengan coklat pasti mengundang perasaan teruja ...

Assalamualaikum wbt. Saya salah seorang penggemar coklat. Pendek kata apa-apa yang berkaitan dengan coklat pasti mengundang perasaan teruja membuak-buak. Jika pergi ke Langkawi, mesti penuh sebakul coklat. Disamping memakan coklat komersial tu, saya juga gemar makan kek coklat dan brownies. Tambahan pula jika di makan bersama dengan ais krim Vanilla.. Meleleh air mata bila teringatkan kesedapannya... Sekarang ini tengah trending di Facebook tentang Brownies Coklat Kedut-Kedut... Jika ambil tempahan memang berbondong orang menempah...

resepi brownies coklat kedut-kedut


Jadi disini saya ingin berkongsi dengan korang semua resepi brownies yang mudah dan sedap ini. Jom..

Bahan-bahannya:

Bahan A

  • 400 grm coklat compound - Potong kasar
  • 150 grm mentega
Bahan B
  • 100 grm gula perang
  • 100 grm gula pastor
  • 4 biji telur
  • 1 susu kecil perasa Vanilla (Vanilla Estrak)
Bahan C
  • 100 grm tepung naik sendiri
  • 30 grm serbuk koko
Cara-caranya:

  1. Dalam mangkuk stailess steel, satukan Bahan A. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan B dan gaul sebati. Tidak perlu hancurkan gula. Cukup sekadar kacau gunakan whisk sahaja.
  3. Tuang adunan Bahan B ke dalam adunan Bahan A (coklat dan mentega) dan gaul rata.
  4. Satukan Bahan C dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan A dan B tadi dan gaul rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 10x10 inci. Lapikkan dengan kertas minyak atau baking paper sehingga paras ketinggian loyang supaya senang di tarik apabila telah masak. Oleskan dengan sedikit mentega.
  6. Tuang adunan di dalam loyang dan ratakan.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum membakar. Bakar adunan pada suhu 160c sekama 30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing. 
  8. Tutup suis oven dan biarkan brownies dengan pintu terbuka lebih kurang 15 minit.
  9. Keluarkan dan potong brownies ketika masih suam-suam. Potong mengikut pilihan korang.
hiasan brownies
Ihsan Google

Tips Tambahan:
  • Untuk mendapatkan brownies yang sedap dan mantap, korang boleh gunakan coklat yang mutu. Lagi bermutu sesuatu coklat itu, lagi sedaplah brownies itu. Saya gunakan coklat Beryl's.
  • Bagi potongan yang cantik, korang boleh gunakan cutter. Cutter ni boleh di dapati di kedai bakeri.
  • Sebagai hiasan, korang boleh layangkan coklat hersley atau jika mahukan citarasa mewah, korang boleh letak strawberi, raspberry, coklat putih, kacang dan pelbagai lagi di atas brownies coklat itu.
Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

Selamat mencuba....